Wednesday, March 23, 2011

Penanggal 2 Makan Tomyam Campur

alhamdulillah.harapannya takkan ada perpisahan buat masa ni.ianya lebih pada menanyakan berkenaan penjawatan antara seorang wira ofis.bersyukur atas apa yang berlaku.dan dengar2 1 April akan ada pendatang baru dalam keluarga 69 ini.harapan aku juga adalah dia itu seorang yang boleh kamcing & cantik untuk pemandangan dalam opis aku & belum berkahwin.

cuaca petang ni nampak mendung.aku rasa aku akan bermandikan hujan sebelum aku mandi dalam bilik air kat rumah.tapi dalam masa yang sama aku kena hantar kek lapis sarawak kat umah bos kecik aku.ni juga antara akibat aku amik waktu kerja 8.30 - 5.30.bila staf balik awal (4.30 @ 5.00) tertinggal barang.akulah yang akan menghantarkan ke rumah2 mereka ini.rasa dipergunakan pon ada.aku dah la nek moto.nak pikir ujan jap lagi.semata-mata nak hntar pesanan orang ni.adoi.

meeting tadi pulak sedikit kecoh dengan byk perkara2 yang tak diduga berlaku.kerja bawah air-cond pon tetap berpeluh.tak bagus tuk kesihatan bukan?tapi nak buat camne.mata pencarian aku dah ditakdirkan macam ni.

dulu ada orang tu janji nak tolong aku buat sesuatu kerja ni.tapi selepas keesokkan harinya mungkin dia lupa sampai sekarang.tapi takpe lah.aku tak perlukan sangat benda tu.sebab kalau aku nak sangat aku dah wat sendiri.tq pada yang berjanji n berkata itu.kadang2 aku rasa macam dipijak.hopefully takkan jadi benda camni & aku akan jadikan teladan.

Penanggal Makan Tomyam Campur = adalah tajuk yang diambil bagi menyambung entry yang sebelum ini & hal2 lain.

~out~

Tuesday, March 22, 2011

Penanggal?

adakah perpisahan akan terjadi lagi di opisku ini???

nantikan entry yg akn datang.
Insyaallah update dalam jam 5.00 petang hari ni.

Monday, March 21, 2011

Haji Sulaiman Orang Turki?

arini cuaca panas.tekak haus.mata silau.hurmmm.pening pale aku dibuatnye.entry arini aku nak cite pasal pertandingan memancing semalam.memang best.mcm setan!.yang aku tak boleh blah.aku antara orang yang pertama dapat ikan di antara orang2 bersebelahan dengan aku.tapi aku jugaklah orang yang pertama mesin rosak.hampeh.nasib Wan Borek (WB) bawak mesin lebih.kalau tak.alamatnya tak pasal2 terus kena tunggu kat keta sampai WB abes.hahaha.dengan WB n kawan aku ketawakan aku.hahai.masa game tu cuaca mula2 cantik jew.macam redup.jam tunjuk pukul 11.punyalah panas.mendidih darah2 aku.dah macam cacing kepanasan.tapi sejarah semalam telah terjadi apabila joran aku berjayang menaikkan ikan 6 bucu.ikan yang memang jarang dapat bwak naik.bukan senang nak dapat Sulaiman punya tapak.klu Sulaiman tu dah pegi haji.alamatnya kena panggil Tapak Haji Sulaiman.hahaha.dengan takde tempat @ pokok2 yang boleh kasi penghadang terik cahaya matahari.nasib la ada lori pick-up brader dari Endau.siap kasi plastik lagi wat alas.memang terbaik.tenkiu pada brader tu.dalam pukul 2.00 petang kitorang gerak balik.

sampai Rengit ada roadblock.sume dah ready aku terus tertido.aku rasa macam tak sampai 5 minit dah sampai De Zone Stulang.WB kejut aku ajak terus pegi makan.& semalam jugak aku wat rekod peribadi makan sambil pakai Ray Ban Diamonds.hui.mana tak nye.makan kat public.kena lah tunjuk muka segar.kalau dibukak cermin matanya.nampak lah aku punya mata yang bangun tido.silap2 nampak tahi mata.tak pasal2 kena istinjak ngan tom yam.hahaha.then sampai rumah WB aku tumpang tido.dalam jam 5.30 petang la aku tido.tapi dengan niat tumpang kejap je.sekali sedar2 dah kul 12.00 malam.aku pikir baik trus tido je.bangun2 je dah pukul 7.10 pagi.adoi.aku pon terus basuh muka,ambik barang & pegi opis dulu.aku tumbprint.nanti tak sempat pulak.then baru aku balik & siap2 ke opis semula.kiranya masuk dalam pukul 9.30 pagi.

entry ni jugak aku nak cite pasal jamuan tengah hari tadi.aku bersyukur dengan rezeki yang datang walau kena bayar sendiri.hui.kalau korang dengar nama makanannya memang sedap sangat2.hingga menjilat pusat berdaki.nama nasi tu "Nasi Turki".tapi rasanya macam nasi zimbabwe.tak sedap langsung.sumpah tak tipu!tapi semuanya sebab nak merasa.dah rasa menyumpah2.hai.abes makan terus bontot aku rasa nak berak.hahaha.terbaik punya!

Friday, March 18, 2011

Puding Buah - lemak berkrim disukai boca2 kecil.

arini aku rasa terbaik sikit.mmg relax sikit.bukan ape.xramai public dtg n takde masalah sangat arini.arini jugak aku terus balik kampung.dah lama tak balik kampung naik moto.takut2 jugak tadi.maklumlah dah jadi cm tak biasa plak.adala nak dijadikan cerita.masa aku balik tadi.aku lalu jalan Kg. Ulu Pulai - Pekan Nanas.jalan tu gelap sikit.aku bengang gila dengan 1 treler ni.byk2 lampu blkang treler tu,1 lampu pon x menyala.aku ni dah lew rabun.nasib la umur aku masih panjang.kalau tak parah jugak aku.dengan berseluar pendek ngan t-shirt.klu jatuh tu alamatnya tambah lagi la peta2 dunia kt bdan aku.klu jadi betul bende tu tadi tak dapat aku nak karang pepanjang.(mintak2 dijauhkan segala bala ke atas diri aku ni).

korang nak tau?tadi kat opis aku ade david copperfield.tak sangka plak dia tu keje kontrak wat renovation kt opis aku.mcm2 dia wat magic kat aku.name pon magic.mybe mata aku yang tersilap.tapi kira power jugak.coz dapat trick aku.aku rasa kalau dia ketengahkan bakat dia.mesti dia dah jadi popular.tapi tak tau la dia tu camna.mau tak nya.ade 10 jari kt tangan 6 jari ade cincin.n cincin dia tu beso gedabak.dah mcm ala2 nenek sihir pon ada.hahaha.

entry ni aku karang masa live raja lawak final.alang aku dah karang,aku nak cite sket pasal final.aku post entry ni pon sebab aku bosan giler dengan lawak2 diorang.xmemberangsangkan aku betol.tapi yang paling aku suka Man & R2.lawak diorang berisi la jugak.tak macam Balas dengan lawak yang ntah pape.mengarut tak sudah.syabas aku ucapkan pada Man sebab jadi juara.pass2 sket duit tu wlau ak x penh vote ko..hahahaha...dah jd OKB...dulu posmen jew....rezeki Allah....Alhamdulillah..

esok ada game antara Johor vs Selangor.piala FA.nak layan.tibe2 abg aku boleh cancel plak.taknak ikut.adoi.nak tak nak ak ajak la ehem aku.tp dia plak tak dpt nak janji.sebab dia kata kawan dia nak dtang tempat dia.adoi.jgn2 dia nak balas dendm ngn ape yg jd tadi.aku ajk dia tngok wayang.tapi last2 ak yg cancel sebb nak blik kg.aku tak terasa pon klu dia lebihkan kawan.lgpon dia ada hak.sebab aku pon selalu melpak ngn kwan2 smpai lupa dia..haha....sori syg...wakaka...jiwang gak aku ni.tp itulah kenyataan idup kat dunia.walau pailang mana orang tu,walau taiko,gangster dll mana pon.tetap ada perasaan cinta,kasih & sayang.apetah lg aku yg mulus,kulus,baik hati,pemurah dll ni...hak3.

aku mek tajuk "Puding Buah "ni sebab cite aku kali ni lebih pada konsep bercampur.ada pasal kerja,magic,bola,syang bini dll.sebabnya aku tulis ape yg terlintas dalam pala otak aku.aku rasa klu tulis cmni lagi best dari membicarakan 1 topik.byk sgt nt entry yg nk kne tulis.so klu cmni aku leh la trus wt rmusan bagi masa sehari.

ada satu bnde ni yg tibe2 dtg meluap2 dlm pikiran aku.tapi aku taknak pikirkan sngt bnde2 ni cz nt bleh jd perg besr.n mnimbulkn byk mslah pd msa yg akn dtg.hrap2 perasaan tu pegi jauh dari diri aku.bak kataorang "diam-diam jatuh cinta...."tapi tu ramlah ram kata.aku kata "belum ikat 1,dah nak ikat lagi 1.."haha....dunia2.....minta dijauhkan...aku syg dia sorg je....Insyaallah sampai akhir hayat aku..Amin.....

PARAH wei!!!!

Thursday, March 17, 2011

Dalam diam-diam...

hurrmm....tak dapat aku nafikan lagi apa yang dah jadi sekarang.makin ramai org baca blog aku tanpa perlu klik icon "follow".bahaya untuk aku.pada korang biar pecah di blog jangan pecah di mulut.mulut2 korg aku xde hak nak tutup.sembam boleh..hahaha.peringatan pada yang membaca ni,harapan aku adalah setiap coretan aku ini dijadikan pengajaran dan pedoman.dijadikan tauladan di samping dijadikan sempadan.dan.dan.dan.mana yg baik boleh la di ambik mcm tu saje.xpyah nk bayar2.free aku blanje.sebab korg memg kedekut!!!wakakaka.yg buruk tu buang la jauh2.plastik itam ada kat stor,kalau yg buruk pon korg nak alamatnya teruk sangat lah taste ko ni.hahaha..

pagi tadi memang syok menu sarapan.nasi lemak dia mmg power rangers.terbaik.kt BBU.dlm perjalanan aku pegi tu aku mesej la kt someone ni.aku ckap la aku p kua sarap jap.kalau ada public suro tggl je dulu.dy blas blik ckap "jangan lambat sgt"eh?kalau dia xpela sebab dh xde gang.gang dah p cabut tempat len.aku pe lg saje nk cari pasal la.bleh plak aku rajin blas n mnghbiskan kredit hp aku dengan aku ckap "nape?"klu korg nk ckp aku bodoh ke ape ke aku kisah pon.sebab mmg xleh kua minum lame2 kn?.aku saje nk cri point,xkn ak nk tnjuk ak ni tnduk je dengan apa dy ckp kn?use ur brain not ur feet la bro.then dia x balas.tapi bila aku sampai opis n x sempat aku duduk dy terus tanya aku nape aku tnya (nape?) kat dia.mmg ak dh jgkakan dengan perangai dia ni.tau sebab pe dy tanya aku cmtu?sebab ade boss...haha....tengok?nak mrkah lbih lg la tu.wakakaka...aku dengan idea yg baik lg bernas aku ckp la "takdelah.sy tnya cz takut ada public".dia tu malas nk entertain public.bagi aku bile jumpa pblic la best...leh dapat kawan baru.leh tau isu2 semasa.leh sound2.haha..dia ni pelik sket.nak idup tanpa ada orang kat dunia ni kot.korg boleh cmtu?haiiii.....jgan igt diri tu bagus sgt.semua x sempurna la MINAH BONGOK!!!!.

entry ini tak abes lagi.pasal dia lagi ni tau.eleh..korang memg suka kan baca2 bnde2 cmni.cm tengok cd bluueeee...hahaa.tapi igt pe yg aku pesan tadi.yang macam aku cite selalu la orgnya tu.takde orang lain.tadi mase kitorang rest kitorang duk la kt kaunter & aku berbisik2 dengan si Cik F.saje borak2 kosong tapi pasal urusan kerja la,cuma kalau dari jauh ternyata jelas nampak cm mengata.ish..xpenah mengata pon.kitorng selalu kutuk2 je.haha.tengah dok bisik2 datang la dia dalam senyap2.dia ingat aku ni buta mata kanan ke x nmpk byangan yg menghampiri?bodoh.nk jd stalker la konon2nye.tapi mintak maap la sangat2.dia datang time tu tak kene topik.haha.ko ni bodoh la minah.takda otak.sibuk sangat nak jaga tepi kain orang.haaiiiii...sampah sesangat.pi jaga laki kau suda..santai.

sebelum abes entry ni semalam ada la org atas tu cakap kat kitorang "mengumpat lah tu.."..ni pn satu.maen tuduh je.kalu dia check n tengok betol2 ape kitorang buat mesti dia nak join.sebab sampai ketawa2 dalam hati.pe yg kitorang buat???hahaha.....KITORANG MAIN BINGO LA BOSS!!!!kalau cakap kuat2 nanti kantoi plak tak wat keje.ni sume idea ci dahi licin En. F...hahaha

Nek Jah dah arwah...dah tak leh nak post entry...
BYE.............:)

Friday, March 11, 2011

Berkunjunglah Di Hotel Kami Ni.....

Untuk keterangan lanjut boleh selidik2 di ;

http://hoteldimpian.blogspot.com
-100% dijana oleh Anak Melayu-

Thursday, March 10, 2011

Lebah Selatan Bertemu Orang Bandar

jom lepak tengok bola same2....